Tuesday, June 1, 2010





GGK grup gerak khas

pasukan elit kebanggaan tentera darat ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 hasil dari pengalaman mengatasi kofrontasi dengan tentera indonesia .Ia ditubuhkan dengan mendapat bimbingan pasukan elit royal marine tentera britain.Pasukan ini kini berpengkalan dimarkas utama komando kem Iskandar diMersing Johor.pasukan ini mempunyai peranan seperti berikut
  • pakar dalam selok -belok peperangan dalam hutan
  • anti pengganas
  • memusnah dan mensabotaj aset penting musuh dibarisan belakang pertahanan musuh.
  • meninjau dan mengumpul maklumat musuh.
  • peperangan dalam bandar
  • mengiringi vvip negara





PASUKAN KHAS UDARA PASKAU

Ditubuhkan pada tahun 1980,pasukan elit PASKAU ditubuhkan untuk bertindak menangkis serangan keatas aset -aset penting TUDM seperti pesawat,lapangan terbang,radar dan lain-lain.berikut adalah tugas -tugas lain pasukan elit termoden ATM ini
  • bertindak menyelamat tebusan didalam pesawat oleh pengganas
  • menyelamat juruterbang dan krew pesawat TUDM yang terhempas didalam kawasn sendiri atau kawasan musuh.
  • melakukan sabotaj keatas aset penting tentera musuh semasa aman dan perang
  • memandu bom pintar panduan laser kearah sasaran yang dikenalpasti didarat untuk pesawat tempur TUDM.
pasukan ini dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan dan kelengkapan cangih untuk melaksanakan tugasnya.pasukan ini mendapat latihan dengan pasukan pasukan elit terkemuka SAS dari britain.






PASKAL ATAU KD PANGLIMA HITAM
Pasukan elit unggul tentera laut ini mula ditubuhkan pada tahun 1980 dan kini merupakan salah satu pasukan elit yang dihormati dinegara ini.ia dilengkapi dengan pelbagai persenjataan canggih.pasukan ini terbahagi kepada 4 platun yang mana mempunyai tugasnya yang tersendiri
  1. platun alpha-pakar dalam pertempuran jarak dekat,menumpaskan pengganas yang cuba merampas kapal dilaut atau telaga minyak negara.juga tugas menyelamat tebusan
  2. bravo-membuat penyusupan senyap kearah musuh melalui kenderaan khas bawah laut dan udara.untuk membuat peninjauan dan mengumpul data sebelum serbuan sebenar dibuat.
  3. charlie-pasukan tambahan yang bersedia ditugasan untuk memperkuatkan pasukan semasa operasi dilakukan.
  4. alpha-pasukan perang konvensional pakar dalam perang hutan dan penembak tepat
pasukan paskal telah berkhidmat dalam pelbagai operasi di dalam dan luar negara.antaranya diperairan somalia menjaga kapal-kapal dagang dari serangan lanun yang berleluasa ,indonesia, guinea,lebanon dan mindanao filipina.